RESEPI ROTI JALA
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/2 biji telur (saya guna gred A)
1/2 sudu teh garam
1 1/2 - 1 3/4 cawan air
Sedikit minyak masak (optional)
Sedikit pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, telur dan garam.
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati. (bancuh adunan sehingga menjadi likat dan sesuai untuk dijala).
3. Tapiskan adunan supaya adunan lebih sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.
5. Panaskan kuali dan sapukan kuali dengan sedikit minyak.
6. Jalakan adunan tadi di dalam kuali. Apabila telah kekuningan, lipat atau gulung dan terus angkat. (tidak perlu diterbalikkan).
No comments:
Post a Comment