Wednesday, February 20, 2019
TERUNG GORENG BERLADA...
TERUNG GORENG BERLADA
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 biji terung ungu ~ belah dua & potong tiga, rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu kecil pati asam jawa ~ bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar ~ dimayang kasar
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan Tumbuk Kasar :
4 biji cili merah
Segenggam udang kering atau ikan bilis ~ rendam sehingga kembang & toskan
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Tumbuk kasar bahan-bahan (cili merah, udang kering/ikan bilis, bawang merah, bawang putih).
2. Goreng terung sehingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk kasar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api dapur dan tuangkan bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi...sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment