BROWNIE COOKIES
sumber : FB@Jamayah Yahod
hasil : 144 keping
Bahan-Bahan :
212 gm dark chocolate ~ cincang
3 sudu besar salted butter
2 biji telur gred A
120 gm gula kastor
65 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh baking powder
150 gm tepung gandum
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Double boil butter dan dark chocolate sehingga cair, ketepikan.
3. Dalam bekas lain, pukul telur, kedua-dua gula dan esen vanilla sehingga sebati, warna bertukar pucat dan sedikit kembang.
4. Masukkan adunan chocolate ke dalam adunan telur, kaupbalik sehingga sebati.
5. Masukkan adunan tepung dan baking powder (bahagikan 3 bahagian) ke dalam adunan chocolate/telur, (in batches) kaupbalik sehingga sebati.
6. Biarkan adunan doh rehat selama 10 minit, adunan akan menjadi pekat.
7. Gunakan baking paper atau silicone liner (jangan derhaka bab ini) sebab adunan akan melekat.
8. Guna ice cream scoop atau sudu atau piping bag untuk letakkan adunan di atas baking paper, pastikan jarak jauh-jauh sebab adunan akan kembang bila dibakar.
9. Bakar selama 8 minit pada suhu 170'C. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment