KRIM PUFF COKLAT
sumber : Qasey Honey...
hasil : anggaran 23-24 pieces
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam (125 gm)
4 biji telur (saya guna gred A)
Cara-Cara :
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Dalam periuk panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur, tepung dan serbuk koko sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan campuran tepung, serbuk koko sekaligus dan kacau sehingga sebati.
4. Biarkan suam seketika. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaip.
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paipkan di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking paper yang di gris.
6. Bakar selama 25 minit pada suhu 210'C. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
7. Potong krim puff di bahagian tengah, paipkan dengan chocolate ganache.
Chocolate Ganache :
100 ml double-cream/whipping cream (dairy)
250 gm coklat masakan ~ cincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Double-boil whipping cream sehingga hampir mendidih (pastikan jangan sampai mendidih). Tambahkan coklat masakan, golden syrup dan esen vanilla, kacau rata dan sebati. Bila semua dah cair dan sebati, angkat dan sejukkan.
KRIM PUTAR
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 cawan heavy whipping cream atau double cream (240 ml)
1/2 sudu teh pure vanilla extract
1 1/2 sudu besar gula halus atau secukup rasa
Cara-Cara :
Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream, vanilla dan gula. Kacau sebati. Tutup dengan plastik dan sejukkan mangkuk serta whisk di dalam peti sejuk selama 15 minit. Setelah sejuk, putar sehingga ianya kembang dan kental bertanduk. Siap untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment