Thursday, February 14, 2019
KACANG BUNCIS TELUR MASIN...
KACANG BUNCIS TELUR MASIN
sumber : FB@Saji Libur...
Bahan-Bahan :
200 gm kacang buncis (boleh digantikan dengan asparagus)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar tepung ubi
1 biji putih telur
1 biji telur masin ~ kukus ambil kuningnya & hancurkan
1 tangkai daun kari
4 tangkai cili padi
Garam (jika perlu)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Bersihkan kacang bunci, potong ikut citarasa, (saya potong 2-3 bahagian). Kemudian gaulkan dengan garam, serbuk lada putih, kiub ayam dan telur putih sehingga sebati.
2. Masukkan tepung ubi, gaul lagi dengan kacang buncis sehingga sebati salutannya.
3. Goreng buncis sehingga garing. Angkat dan toskan.
4. Panaskan minyak dalam kuali lain, masukkan telur masin, daun kari dan cili padi, kacau rata.
5. Masukkan kacang buncis dan gaulkan sebati. Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment