KEK PISANG

Monday, February 11, 2019

PUDING ROTI EPAL...








PUDING ROTI EPAL
sumber :    buatoranglapo.com




Bahan-Bahan :

8  keping  roti  ~  dipotong dadu
3  biji  telur  (saya guna gred A)
60  gm  mentega
75  gm  gula kastor
200  ml  susu cair
350  ml  susu segar
1  biji  epal Fuji  ~  dikupas & dihiris
Kismis secukupnya


Cara-Cara :

1.  Pukul telur, gula dan mentega sehingga gula larut.

2.  Masukkan susu cair dan susu segar.  Pukul sebentar sehingga sebati.  Ketepikan.

3.  Susun separuh potongan roti di dalam loyang 8 x 8 inci (saya guna aluminium foil) sebagai dasar puding.  Kemudian susunkan epal dan taburkan kismis.  Susun kesemua lebihan roti di atas epal.

4.  Tuangkan adunan telur dan susu tadi di atas roti.  Rehatkan selama 15-30 minit.

5.  Panaskan oven pada suhu 170'C.

6.  Bakar di dalam oven selama 45-50 minit mengikut oven masing-masing.

7.  Biarkan sejuk seketika barulah dihidangkan.


NOTA :   Puding ini sedap dimakan semasa sejuk (letakkan di dalam peti ais).  Susu cair boleh digantikan dengan krim putar.




No comments:

Post a Comment