PUDING KARAMEL PANDAN
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
4 biji telur gred A
1 tin susu cair (400 ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil pasta pandan
Bahan Karamel :
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
Cara-Cara :
1. Sediakan karamel @ gula hangus : masukkan gula pasir dan air ke dalam kuali. Hanguskan sehingga keperangan kemudian tuangkan terus ke dalam loyang (8 inci, saya guna 5 biji acuan ramekin yang digris sedikit dengan minyak). Sejukkan.
2. Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih.
3. Pukul sekadar pecah kuning telur serta sebati dan masukkan pasta pandan.
4. Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel.
5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan kemudian terbalikkan di atas piring hidangan. Potong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment