EGGLESS BROWNIES@BROWNIES
TANPA TELUR
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam halus
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
Kepingan badam atau badam cincang
Cara-Cara :
1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan juga garam. Ketepikan.
2. Pukul gula, minyak masak dan juga susu cair dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
3. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi.
4. Kacau sehingga adunan sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan taburkan badam sebagai hiasan, jika suka.
6. Bakar pada suhu 150'C selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. (Panaskan oven terlebih dahulu, anggaran 10 minit).
No comments:
Post a Comment