KEK PISANG

Sunday, February 3, 2019

PUDING BUAH KIWI...







PUDING BUAH KIWI
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

5  gm  serbuk jelly "konnyaku"
625  ml  air  (2 1/2  cawan)
4 1/2  sudu besar  gula pasir
200  ml  susu sejat "IDEAL"
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
2-3  titik  pewarna hijau epal
2  biji  buah kiwi yang telah masak ranum *
125  ml  air *   ( * dikisar )


Cara-Cara :

1.  Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan serbuk jelly, kacau sehingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih.

2.  Alihkan periuk dari api, keluarkan daun pandan.  Tuangkan puree buah kiwi tadi dan kacau dengan whisk sehingga rata, kemudian masukkan susu cair, kacau sehingga sebati.  Isikan dalam bekas sesuai, biarkan sehingga hilang wap panasnya.

3.  Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau sehingga keras.  Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah-buahan segar.





No comments:

Post a Comment