Friday, February 15, 2019
AYAM MASAK BENING...
AYAM MASAK BENING
sumber : ruzita's kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam ~ potong sederhana, cuci & toskan
1 inci kunyit hidup ~ ketuk
1 inci lengkuas ~ ketuk
1 keping asam gelugor
1 batang serai ~ ketuk
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 ulas bawang merah ~ hiris
1 liter air
4 biji cili padi ~ ketuk
1/2 biji labu air ~ potong kasar (saya ganti dengan 1 biji tomato belah 6)
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Masukkan kunyit, lengkuas, serai, asam gelugor, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ayam dan kecilkan api.
4. Bila ayam telah separuh masak, masukkan labu air.
5. Masukkan bawang besar, cili padi dan kacau. (Masukkan buah tomato jika tidak guna labu air).
6. Masukkan garam dan gula, sesuaikan rasa.
7. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment