PUDING LAPIS JELLY
sumber : FB@Resepi Puding Sedap
hasil : 11 bekas...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1 kotak instant jelly perisa raspberry/strawberry/limau/mangga
Fruit cocktail ~ toskan airnya
1 biji kiwi ~ potong kiub
Cara-Cara :
1. Satukan tepung kastad bersama gula, susu cair dan air. Gaul sebati semuanya.
2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan sentiasa dikacau. Biasanya dalam anggaran 20 minit.
3. Setelah agak pekat, matikan api dapur dan tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau loyang yang disukai. Biarkan sejuk sebentar.
4. Kemudian masak instant jelly mengikut cara pada bungkusan kotak dan tuangkan adunan jelly di atas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yang ditoskan dan buah kiwi...sejukkan.
No comments:
Post a Comment