CONDENSED MILK POUND CAKE
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
120 gm mentega berkualiti tinggi
120 gm tepung kek/tepung gandum *
3/4 sudu teh baking powder * ( * disatukan & diayak )
1/2 cawan susu pekat manis
45 gm gula kastor
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula sehingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar sehingga gebu. Tuangkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
3. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga habis, putar rata.
4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga mendapat adunan yang licin. Tuangkan ke dalam tin kek tadi, ratakan dan bakar selama 50 minit sehingga 1 jam, bergantung pada oven masing-masing.
5. Bila dah masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya di atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising, jika suka sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment