KEK PISANG

Tuesday, February 5, 2019

PINDANG TUMIS IKAN SENANGIN...








PINDANG TUMIS IKAN SENANGIN
sumber :    Majalah RASA Disember 2018




Bahan-Bahan :

500  gm  ikan senangin  ~  bersihkan & potong dua  (saya guna ikan merah)
1  batang  timun saiz kecil  ~  buang biji & potong serong
3  tangkai  daun kesum
1  batang  serai  ~  titik
1  biji  tomato  ~  belah empat  (tak letak)
2  keping  asam gelugor
3  sudu makan  minyak masak untuk menumis
2  cawan  air
Garam & gula secukup rasa


Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
2  ulas  bawang putih
3  cm  halia muda
2  cm  kunyit hidup
4  biji  cili merah
5  biji  cili padi
2  biji  buah keras


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
2.  Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak dan berbau wangi.
3.  Masukkan air, biarkan kuah mereneh.
4.  Seterusnya masukkan ikan bersama asam gelugor dan daun kesum.
5.  Biarkan kuah mereneh sehingga ikan masak.
6.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.  Akhir sekali masukkan timun dan tomato.
8.  Selepas dua minit tutup api.
9.  Pindang tumis ikan sedia dihidangkan...


INFO :    Jika suka boleh tambahkan bunga kantan atau daun limau purut.




No comments:

Post a Comment