Tuesday, February 5, 2019
TELUR GORENG GARING...
TELUR GORENG GARING
sumber : FB/Resepi MasterChef Fazley Yaakob
kredit : Afiqah Syamin
Bahan-Bahan :
2-4 biji telur
2-4 camca besar sos ikan
1/2 camca besar tepung beras
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Pukul telur bersama sos ikan dan tepung beras sehingga sebati.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Teknik menggoreng telur dadar Thailand ini akan menggunakan minyak penuh.
3. Dengan api sederhana, setelah minyak panas, tuangkan campuran telur yang sudah dipukul daripada aras yang tinggi.
4. Biarkan ia garing sebentar sebelum diterbalikkan telur untuk menggaringkan bahagian yang sebelah lagi.
5. Ketika sudah menterbalikkan, naikkan suhu api dapur dan biarkan ia garing. Pastikan tidak hangus.
6. Angkat dan toskan di atas tisu dapur agar lebihan minyak dapat diserap.
7. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
8. Boleh juga sediakan sos cili Thailand sebagai cicahan. SIAP!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment