KEK PISANG

Thursday, February 28, 2019

APPLE CRUMBLE MUFFIN...







APPLE CRUMBLE MUFFIN
sumber :    tiffinbiru@CMG...
hasil :    16 biji




Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung berserbuk penaik@self-raising flour
1  sudu teh  baking powder
1/3  cawan  gula halus
75  gm  mentega  ~  dicairkan & sejukkan
1  biji  telur  (saya guna gred A)
1  sudu teh  esen vanilla
3/4  cawan  susu segar 
2  biji  epal hijau  ~  buang kulit, empulur & dadu sederhana besar
1/2  cawan  tepung gandum *
60  gm  mentega  ~   dadu kecil-kecil & sejukkan *
1/4  sudu teh  garam halus *
1/4  cawan  gula pasir kasar *   ( * bahan-bahan untuk crumble )


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan papercup secukupnya.  Ketepikan.

2.  Satukan bahan-bahan untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan-akan serbuk roti yang kasar.  Ketepikan.

3.  Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus.  Ketepikan.

4.  Dalam bekas lain, satukan mentega cair, telur, susu segar dan esen vanilla, kacau rata dengan menggunakan whisk.

5.  Kemudian masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega@bahan cecair dan gaul rata, kacau satu arah sahaja.  Masukkan epal dan gaul sekali lagi sehingga rata dan sebati.  Sudukan ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan tadi 3/4 penuh.

6.  Taburkan dengan "crumble" tadi di atas setiap muffin, tekan-tekan sedikit.  Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.  Sejukkan di atas jaringan sepenuhnya.





No comments:

Post a Comment