KEK PISANG

Thursday, March 14, 2019

PENGAT UBI KELEDEK...








PENGAT UBI KELEDEK
oleh :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

3  ketul  ubi keledek (saiz sederhana),  buang kulit, bersihkan & rebus sehingga empuk
2  cawan  santan
3  sudu besar  gula pasir atau sesuai selera
1  ketul  gula melaka
1  helai  daun pandan,  disimpul
2  sudu besar  sagu biji,  rendam terlebih dahulu
secubit garam


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan kecuali ubi keledek ke dalam periuk.  Panaskan dengan api yang perlahan.

2.  Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.  Biarkan sehingga gula hancur dan hampir mendidih.

3.  Kemudian masukkan ubi keledek yang telah direbus tadi.  Biarkan seketika dan kuah kelihatan mendidih.

4.  Sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment