KEK PISANG

Saturday, September 1, 2018

SUP TULANG SEDAP...







RESIPI SUP TULANG 




Bahan-Bahan :

1  kg  tulang lembu  ~  direbus terlebih dahulu sehingga empuk
2  sudu besar  minyak masak
1  sudu besar  minyak sapi
1  bungkus  sup bunjut tulang Adabi
1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
1  labu  bawang besar  ~  dihiris
Air rebusan tulang secukupnya
1  batang  lobak merah  ~  dipotong dadu
2  biji  kentang  ~  dipotong dadu
1  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  tomato  ~  dipotong dadu
1  batang  celery  ~  dihiris
3-4  biji  cili padi  ~  dihiris
Daun sup/daun bawang  ~  dihiris
Garam secukup rasa
Bawang goreng  ~  untuk tabur


Bahan Kisar :

5  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.  Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah dihiris sehingga harum dan garing.

2.  Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi sehingga garing dan terbit minyak.  Bila semua dah garing dan terbit minyak, masukkan tulang dan air rebusan tulang secukupnya.  Jika kurang boleh tambah lagi air biasa.  Masukkan juga rempah sup bunjut tulang.  Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

3.  Jika menggunakan tulang yang tidak direbus awal, masak sehingga tulang empuk.  Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.  Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan minyak dipermukaan sup, ini adalah kotoran dan darah serta minyak dari lemak pada tulang.  (Cedokkan segala kotoran dan minyak semasa proses merebus tulang dibuang).  Bila daging dah empuk, masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.

4.  Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu kecil.  Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup/daun bawang, batang celery, cili padi dan bawang goreng.  Tutup api dan sedia dihidangkan dengan Sambal Kicap, jika suka...


Bahan Sambal Kicap :

15  biji  cili padi
3  ulas  bawang putih
1/2  cawan  kicap ABC/kicap manis
1  sudu besar  sos tomato
1  sudu kecil  cuka masakan


Cara-Cara :

Satukan semua bahan dan kisar.  Sedia dimakan bersama sup tulang.






No comments:

Post a Comment