KEK PISANG

Monday, September 10, 2018

SAMBAL TUMIS DAGING BURGER...










RESIPI SAMBAL TUMIS
DAGING BURGER
sumber :    qaseyhoney.blogspot.my




Bahan-Bahan :

20-25  keping  daging burger kebab mini ayam  (jika guna daging burger besar hendaklah dibelah 4)
20-30  tangkai  cili kering  ~  direbus & dikisar
2  sudu besar  sos cili
1  sudu besar  sos tomato
1  biji  bawang besar  ~  dihiris
Segenggam ikan bilis
1  kiub  pati ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa


Bahan Tumis :  (Dihiris/Ditumbuk)

5  biji  bawang merah
3  biji  bawang putih
1  biji  bawang besar
1  batang  serai
1/2  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak untuk menggoreng daging burger.  Goreng daging burger sehingga garing.  Angkat dan ketepikan.

2.  Di dalam kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak untuk menumis.

3.  Masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik baunya serta garing.  Selepas itu masukkan ikan bilis dan kacau lagi sehingga rata.

4.  Masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi.  Perlahankan api.  Kacau sehingga rata dan biarkan sehingga naik minyak.

5.  Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.  Kacau lagi sehingga rata.  Tambahkan kiub pati ayam dan kacau rata.

6.  Tambahkan air secukupnya, kacau lagi.  Apabila kuah sudah kelihatan sedikit pekat, masukkan daging burger yang telah digoreng tadi.

7.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Tutup api, siap untuk dihidangkan.!!!

No comments:

Post a Comment