KEK PISANG

Tuesday, September 11, 2018

ASAM PEDAS AYAM...









RESIPI ASAM PEDAS AYAM
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  dipotong kecil, cuci bersih & toskan
2  batang  serai  ~  dititik
4  helai  daun limau purut
7-8  sudu besar  cili kisar  (atau 30 tangkai cili kering yang dah direbus lembut)
1  sudu kecil  pes asam jawa atau secukup rasa
3/4 - 1  cawan  minyak masak
Garam & gula secukupnya


Bahan Kisar :

2  biji  bawang besar
4-5  ulas  bawang putih
1 1/2  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya bagi menambahkan warna pada ayam.  Ketepikan.

2.  Panaskan 3/4 cawan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi sebelum dimasukkan cili kisar.  Tumis sehingga cili kisar masak dan terbit minyak.  Masukkan serai, kacau lagi.

3.  Masukkan ayam dan kacau sehingga agak-agak ayam kecut.  Masukkan air dalam 4 cawan atau secukupnya.

4.  Masukkan daun limau purut dan pes asam jawa.  Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.  Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.


NOTA :    Menumis perlu minyak yang banyak.  Selepas masak, bolehlah di ceduk keluar jika kelihatan minyak berlebihan...

No comments:

Post a Comment