KEK PISANG

Friday, September 14, 2018

IKAN SARDIN MASAK SAMBAL...






RESIPI IKAN SARDIN MASAK SAMBAL





Bahan-Bahan :

1  tin  sardin saiz besar
3  ulas  bawang putih  ~  dihiris
3  ulas  bawang merah  ~  dihiris
1/2  labu  bawang besar  ~  dihiris
1  biji  tomato  ~  belah 6
1  biji  cili merah  ~  dihiris
1  sudu besar  cili kisar
Garam & serbuk perisa secukupnya
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi.  Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul-betul garing dan masak.

2.  Asingkan ikan sardin dan sosnya.  Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu.  Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.

3.  Akhir sekali masukkan garam, serbuk perisa secukupnya, cili merah hiris, bawang besar hiris, tomato.  Kacau-kacau sebentar, tutup api, angkat dan sedia dihidangkan...






No comments:

Post a Comment