RESIPI BUBUR JAGUNG SAGU
sumber : seripayaku
hidangan : 5-6 orang
Bahan-Bahan :
2 tongkol jagung manis mentah ~ dihiris nipis
4 sudu besar sagu biji ~ yang halus atau kasar
Secubit garam
100 ml santan pekat (santan kotak/tin/fresh santan)
1 liter air ~ dicampur dengan santan pekat
3 sudu besar gula merah ~ tambah lagi jika nak warnanya lebih perang
5 sudu besar gula pasir ~ tambah lagi jika nak lebih manis
Cara-Cara :
1. Basuh sagu biji dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air dan juga garam ke dalam periuk.
3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan pula sagu biji, gula merah dan gula pasir. Kacau sehingga sagu biji bertukar menjadi jernih dan bolehlah ditutup api.
5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang...
Nota :
*** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan.
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment