KEK PISANG

Sunday, September 16, 2018

TEMPE GORENG KICAP...







RESIPI TEMPE GORENG KICAP
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

1  bungkus  tempe  (pek besar)
10  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
5  tangkai  cili padi
2  batang  serai  ~  titik
3  cm  halia
3  cm  lengkuas
1  sudu besar  jus asam jawa
3  sudu besar  kicap manis
5  gm  gula Melaka  ~  dihiris
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi.  Serai dititik.  Ketepikan seketika.

2.  Selepas itu hiriskan tempe nipis-nipis dan memanjang.

3.  Gorengkan tempe sehingga garing dan toskan.  Jika suka, masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu.

4.  Panaskan minyak masak dan tumiskan semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi diikuti dengan serai.  Masukkan juga gula Melaka ke dalam tumisan.

5.  Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa.  Perasakan dengan garam secukup rasa.

6.  Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata.  Masak sebentar sehingga kering dan tutup api dapur.  Sedia dihidangkan. !!!!





No comments:

Post a Comment