TELUR MASAK MASAM MANIS
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
4-5 biji telur
1 tin kecil "baked beans" cap Ayam (tak letak)
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1/2 biji red capsicum@lada benggala merah ~ dadu kecil (guna lada hijau)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar sos cili Thai
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup ~ sebagai hiasan (tak letak)
Cara Memasak :
1. Telur digoreng mata kerbau setiap biji, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga berbau harum, masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing, menggunakan api sederhana. Masukkan sos tomato, sos cili Thai dan sos tiram, tumis sehingga terbit minyak.
2. Masukkan "baked beans", kacau dan tuangkan sedikit air (anggaran 1/2 cawan), masak sehingga pekat. Masukkan bawang besar dan red capsicum, kacau rata diikuti telur tadi, gaul perlahan-lahan sehingga rata.
3. Rasa dan jika perlu masukkan garam secukupnya. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan taburkan dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan...
Sayur Pak Choy Masak Lemak Putih
No comments:
Post a Comment