RESIPI AYAM BERLADA HIJAU
sumber : Majalah Keluarga Sept - Okt. 2018
Bahan-Bahan :
5 ketul ayam ~ lumur dengan sedikit kunyit & garam kemudian digoreng (saya guna 1/2 ekor, potong kecil)
10 tangkai cili hijau ~ dikisar
15 tangkai cili akar/cili padi ~ dikisar
2 biji bawang besar ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
Cara Memasak :
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan air asam jawa dan diikuti dengan bahan perasa dan garam. Reneh sehingga agak pekat.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul mesra/sebati.
4. Akhir sekali masukkan juga hirisan bawang besar, gaul sehingga bawang besar sedikit layu.
5. Sedia untuk dihidangkan...
Hasil dari kebun mini ku, Alhamdulillah dapat juga merasa hasilnya walaupun sedikit
memandangkan agak susah juga penjagaanya kerana setiap kali menanam pasti diserang serangga bena..
No comments:
Post a Comment