KEK PISANG

Saturday, September 15, 2018

APAM BALIK SEDAP & GEBU...






RESIPI APAM BALIK SEDAP & GEBU
sumber :    buatoranglapo.com@youtube...




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  susu segar
1  biji  telur  (saya guna gred A)
1/4  cawan  gula kastor
Sedikit pewarna makanan kuning
2  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  serbuk penaik
1  sudu teh  soda bikarbonat
1/2  sudu teh  garam halus


Bahan Taburan :

Kacang tanah  ~  sangrai tanpa minyak & kisar kasar
Jagung berkrim dalam tin
Gula pasir  


Cara-Cara :

1.  Masukkan susu segar, telur, gula kastor dan pewarna makanan kuning ke dalam pengisar@blender.  Kisarkan sehingga gula kastor hancur.

2.  Masukkan pula tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.  Kisarkan lagi sehingga tepung sebati.

3.  Rehatkan adunan sebentar lebih kurang 30 minit.

4.  Panaskan kuali non-stick (tak perlu minyak).  Masukkan 1@2 senduk adunan ke dalam kuali ikut ketebalan yang disukai.

5.  Bila adunan telah mulai berbuih, taburkan gula pasir secukupnya.  Biarkan sebentar sehingga adunan sedikit kering.

6.  Kemudian taburkan kacang tanah dan jagung berkrim secukupnya.  Apabila sudah keperangan, bolehlah dilipat dua dan angkat.

7.  Sapukan sedikit marjerin pada Apam Balik semasa ianya masih panas dan sedia untuk dihidangkan...


NOTA :

1.  Jika guna kuali biasa, boleh disapukan kuali dengan minyak dan kemudian lapkan sedikit dengan tisu supaya adunan tidak melekat.  Masak menggunakan api kecil.

2.  Kacang tanah disangai (goreng tanpa minyak) dahulu sebelum dikisar kasar...






No comments:

Post a Comment