PASTRY FRUIT CAKE
sumber : FB@Aznie Khasri & Ainie Syeema...
Bahan-Bahan :
100 gm butter@mentega
160 gm gula halus@gula kastor (saya guna 130 gm)
3 biji telur gred A/B
210 gm tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * ( * diayak bersama )
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh lemon zest/parutan kulit oren
100 gm sour cream/yogurt
*** buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry, buah peach - pastikan buah-buahan ditoskan terlebih dahulu, jangan ada air.
(tidak perlu digaul dengan gula sebab nanti berair)...
Cara-Cara :
1. Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja.
2. Pukul butter dengan gula halus sehingga kembang, creamy dan menjadi sedikit putih.
3. Masukkan telur satu persatu, sambung pukul perlahan-lahan sehingga telur hilang dari pandangan, jangan over beat masa ni.
4. Masukkan esen vanilla juga lemon zest, pukul lagi.
5. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan sour cream/yogurt. Pukul sebati (saya gaul menggunakan spatula saja).
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci persegi/bulat yang telah digris dan dialas kertas baking.
8. Susun buah-buahan pilihan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 45 minit, menggunakan api atas bawah.
9. Boleh dihidang begitu saja atau boleh juga dinikmati bersama Coklat Sos atau Creamy Vanilla Sos...
TIPS : Sebelum letakkan buah-buahan, hentakkan loyang sebanyak 3-4 kali. Pastikan buah-buahan kering terlebih dahulu dan potong biar tebal sedikit. Kalau nipis memang akan tenggelam...
COKLAT SOS
Bahan-Bahan :
200 gm dark chocolate
200 gm susu segar full cream
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar butter
Cara-Cara :
Panaskan susu bersama gula sehingga gula hancur dan timbul buih-buih kecil dikeliling periuk.
Masukkan butter, kacau sehingga butter cair. Tutup api.
Masukkan chocolate dan kacau sehingga chocolate cair dan sebati.
Sejukkan ia dan nanti ia akan pekat.
Siap. !!!!
ATAU :
CREAMY VANILLA SAUCE :
Bahan-Bahan :
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream (dairy)
1 sudu teh esen vanilla
1-2 sudu besar gula pasir
4 biji kuning telur
Cara-Cara :
1. Panaskan susu cair, whipping cream juga esen vanilla sehingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk. Tutup api.
2. Pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
3. Masukkan campuran susu tadi yang masih panas ke dalam telur tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga sebati. (Pastikan sentiasa dikacau).
4. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan masak lagi sehingga agak pekat, sentiasa dikacau. Jangan terlalu pekat sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi.
5. Siap...Tutup api. Kemudian tapis ke dalam mangkuk. Sejukkan dahulu dalam peti sejuk baru dihidangkan bersama Pastry Fruit Cake...
No comments:
Post a Comment