RESIPI LOMPANG BERLAUK/SERUNDING
sumber : Majalah SAJI Februari 2018/Chef Asma
Bahan A :
100 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
250 ml air
Sedikit kapur sirih (saya guna 1/4 sudu teh)
Bahan B :
50 gm gula pasir
250 ml air
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpulkan
Bahan Inti Berlauk :
2 biji ubi kentang ~ potong kiub
200 gm ayam kisar
20 gm rempah kari daging
10 gm udang kering ~ tumbuk kasar
2 ulas bawang putih ~ kisar
3 ulas bawang merah ~ kisar
1/2 cm halia ~ kisar
1/2 labu bawang besar ~ potong dadu
3 tangkai daun kari
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit bunga cengkih
Sedikit buah pelaga
Minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukupnya
Bahan Hiasan :
2 tangkai daun sup ~ cincang
2 tangkai daun bawang ~ cincang
2 tangkai cili merah ~ cincang
Sedikit bawang goreng
Cara-Cara :
1. INTI BERLAUK : Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan rempah kari sehingga wangi. Masukkan kentang dan sedikit air.
2. Kemudian, masukkan ayam kisar, udang kering dan bawang besar. Masak sehingga kering, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
3. LOMPANG : Bancuh kesemua bahan A. Kacau rata. Ketepikan.
4. Larutkan bahan B, masak sehingga mendidih kemudian tuangkan ke dalam bahan A.
5. Tapis dan terus kukus di dalam acuan lompang. Kukus selama 1/2 jam. (Adunan boleh juga dibahagi dua dan letak warna pilihan).
6. Kukus dengan api yang kuat untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
7. Setelah masak, letakkan inti berlauk di atas permukaan lompang dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng...
NOTA : saya letakkan lebihan inti dari Pulut Serunding
Bahan Serunding Kelapa :
sumber : Teratak Mutiara Kasih.blogspot.com
1/2 biji kelapa parut putih
2 sudu besar udang kering ~ tumbuk kasar
1 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 ulas bawang merah *
1/2 cm halia *
1 cm kunyit hidup * ( * ditumbuk )
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar gula atau secukupnya
Sedikit garam
Minyak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing. Masukkan cili giling, tumis lagi sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata. Masukkan kelapa parut, gaul sebati. Kacau sehingga inti kering. Sesuaikan rasa biar ada sedikit pedas, manis-manis dan masin. Tutup api. Ketepikan. Hidangkan bersama Pulut (juga boleh digunakan sebagai inti Cucur Badak)...
No comments:
Post a Comment