BUBUR KACANG HIJAU BERJAGUNG
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
200 gm kacang hijau ~ dibersihkan & direbus
1 cawan isi jagung dalam tin ~ jenis whole kernel
500 ml santan cair
250 ml santan pekat
2 sudu besar susu pekat manis
40 gm gula pasir ~ boleh ditambah jika suka manis
80 gm gula Melaka ~ dihancurkan atau boleh juga guna gula merah
2 helai daun pandan ~ cuci bersih & disimpul
Sedikit garam
Cara-Cara :
1. Bersihkan kacang hijau dan direbus di dalam periuk sehingga empuk. Toskan sedikit airnya.
2. Masukkan susu pekat, gula pasir, gula Melaka, daun pandan, sedikit garam dan santan cair.
3. Kacau-kacau selalu sehingga mendidih kemudian masukkan santan pekat dan isi jagung. Kacau lagi sehingga bubur masak. Jika bubur agak pekat, bolehlah ditambah sedikit air lagi. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment