KEK PISANG

Tuesday, September 18, 2018

FUDGY OREO BROWNIES...








RESIPI FUDGY OREO BROWNIES
sumber :    IG @ danish.harraz




Bahan-Bahan :

1/2  cawan  minyak sayur
1  cawan  gula putih
1  sudu teh  esen vanilla
2  biji  telur gred A
1/2  cawan  tepung gandum
1/4  sudu teh  baking powder
1/3  cawan  unsweetened cocoa powder
15-20  keping  biskut Oreo yang dipecah-pecah kasar bersekali dengan creamnya


Cara-Cara :

Panaskan oven pada suhu 160'C.
Ayak bahan kering ke dalam mangkuk (kecuali biskut Oreos) dan ketepikan.
Masukkan minyak sayur dan gula ke dalam bekas besar dan whisk sehingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanilla, dikacau rata sahaja.
Masukkan pula bahan kering tadi dan kacau sebati secara kaupbalik dan jangan 'overmix'.
Masukkan 3/4 dari pecahan biskut Oreos tadi ke dalam adunan dan kacau rata.
Tuangkan adunan ke dalam baking tray berukuran 9x9 persegi yang telah dialas dengan parchment paper.  (Lebihkan bahagian sisi kiri & kanan untuk memudahkan mengeluarkannya dari loyang).
Taburkan lebihan pecahan Oreos tadi ke atas adunan.  (boleh deco ikut citarasa masing-masing).
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga tiada cecair melekat pada pencungkil gigi tetapi jangan 'overbake' kerana brownies ini memang perlu lembab sedikit baru sedap.  Biarkan betul-betul sejuk dahulu sebelum dipotong..  Enjoy !!!!






No comments:

Post a Comment