RESIPI CUCUR KENTANG
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
2 cawan kentang yang telah direbus empuk & ditoskan
2 cawan air
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 tangkai cili merah *
1/2 cawan ikan bilis * ~ buang kotoran, cuci bersih & toskan ( * bahan-bahan bertanda * dikisar halus )
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 batang lobak merah ~ disagat memanjang (tambahan)
Daun sup/daun bawang ~ dihiris halus (tak letak)
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Blend/kisar kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bawang putih dan bawang besar, kisar sebati.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan-bahan kisar tadi berserta dengan parutan lobak merah (jika guna) dan gaul sebati.
3. Campurkan semua bahan-bahan hirisan, garam dan gaul sebati.
4. Panaskan minyak masak secukupnya dan gorengkan adunan cucur sehingga masak keperangan. Hidangkan panas-panas bersama sos pilihan...
NOTA : Saya gunakan tangan saja untuk menjemput adunan cucur ini tapi pastikan jari dibasahkan sedikit dengan air supaya mudah menjemput adunan ke dalam kuali...
No comments:
Post a Comment