Tuesday, September 25, 2018
KANGKUNG GORENG BELACAN...
RESIPI KANGKUNG GORENG BELACAN
rujukan : sue-hasue.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah * (saya guna 1 sudu kecil cili kisar)
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
Segenggam ikan bilis atau udang kering *
1 sudu besar belacan atau secukupnya *
Garam & serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara Memasak :
1. Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan toskan. Bahan-bahan bertanda (*) ditumbuk sehingga hampir lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau-kacau seketika kemudian masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan kacau sehingga masak (jangan terlalu masak nanti tidak sedap). (Jika suka berkuah, boleh ditambah sedikit air dan bila dah mendidih, tutup api).
5. Hidangkan segera dengan nasi panas.!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment