OREO NUTELLA PUDDING
sumber : Ilham Dapur.blogspot.com
Bahan-Bahan :
8-10 keping biskut Oreo ~ hancurkan sepenuhnya
150 ml Non-Dairy Whipping Cream ~ yang dah manis tu
1/2 sudu teh esen vanilla
2-3 sudu besar Nutella
Secubit garam
Gelas kaca/bekas yang sesuai
Cara-Cara :
1. Dalam mangkuk yang bersih, putar whipping cream, esen vanilla dan garam sehingga kental.
2. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan Nutella dan sebatikan kemudian masukkan ke dalam piping bag berasingan.
3. Dalam gelas kaca/bekas yang sesuai ratakan dalam 2 sudu besar biskut Oreo kemudian paipkan lapisan vanilla di atasnya, diikuti dengan lapisan Nutella dan di atasnya ratakan satu lapis nipis Oreo sekali lagi.
4. Kemudian bolehlah dihias ikut citarasa. Simpan di dalam peti sejuk dahulu dalam 1 jam sebelum dinikmati...
TIPS : boleh juga menggunakan whipping cream UHT, cuma kena letak gula kastor dalam 3-4 sudu besar...
No comments:
Post a Comment