KEK PISANG

Thursday, September 6, 2018

1 BOWL FRUIT PASTRY CAKE...







1  BOWL FRUIT PASTRY CAKE
sumber :    Insta@danish.harraz




Bahan-Bahan :

226  gm  tepung naik sendiri
160  gm  gula kastor
150  gm  salted butter  ~  cairkan & biarkan sedikit sejuk
3  biji  telur gred A
100  ml  buttermilk
1  sudu teh  esen vanilla
Parutan Lemon zest dari 1 biji Lemon  ~  pastikan parut kulit yang kuning sahaja, jangan yang bahagian putih kerana ianya pahit
500  gm  buah-buahan segar yang kurang berair atau jika guna yang dalam tin keringkan buah sebelum digunakan...digaulkan dengan 2 sudu besar gula kastor


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven terlebih dulu pada suhu 160'C.  Griskan baking tray bersaiz 9 inci persegi dengan butter dan di alas dengan parchment paper.  (Jika guna bekas kecil, kek akan jadi tebal, tidak cantik).

2.  Dalam bekas yang sesuai, masukkan tepung naik sendiri, gula kastor, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan esen vanilla.  Kaupbalik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan 'overmix', nanti kek tidak moist.  Kemudian tuangkan ke dalam baking tray.  Ratakan permukaan adunan kek.

3.  Ambil buah yang telah disediakan dan gaul bersama gula kastor dan susun semua buah tadi di atas adunan tetapi jangan ditekan nanti buah-buahan senang tenggelam.  Dah siap, masukkan ke dalam oven dan dibakar selama 40-45 minit, bergantung pada oven masing-masing atau sehingga kek masak.

4.  Setelah masak, sejukkan kek di atas wire rack dan sprinkle dengan gula icing, jika suka.  1  Bowl Fruit Pastry Cake akan lagi sedap dimakan selepas disimpan semalaman.  Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik...

NOTA :   Cara menyediakan homemade buttermilk untuk kek ini :
1  sudu besar jus lemon dituangkan ke dalam measuring cup dan tuangkan fresh milk@susu segar sehingga bancuhan cukup 100 ml, dikacau rata.  Biarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan...





1  Bowl Fruit Pastry Cake yang sekarang ni tengah viral di FB.  Tidak ketinggalan saya juga telah mencubanya.  Kek yang sangat sedap, gebus, tidak terlalu manis tapi malangnya buah-buahannya pulak tenggelam, hampa rasanya.  Tapi akan datang pasti ingin mencubanya lagi...



No comments:

Post a Comment