Thursday, September 13, 2018
RENDANG AYAM TOK...
RESIPI RENDANG AYAM TOK
sumber : Pn. Mariana Zainal & daridapur.com
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong 6-7 bahagian atau ikut citarasa
Bahan Dikisar Lumat :
15-18 tangkai cili kering ~ direbus seketika
1 1/2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
Bahan Lain :
250 ml santan pekat
1/2 cawan air
3-4 helai daun limau purut ~ dicarik
2 paket kecil kerisik
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 keping asam keping@gelugor
1 1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil perasa
1 1/2 senduk minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak barulah dimasukkan asam keping dan gula. Tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak.
2. Tambahkan kerisik, daun limau purut serta santan dan air. Pastikan selalu dikacau jangan bagi santan pecah minyak dan biarkan santan mulai mendidih barulah dimasukkan ayam.
3. Masak dengan api kecil sekitar 30 minit untuk ayam mula empuk baru sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perisa. Taburkan hirisan daun kunyit. Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasanya buat kali terakhir. (Siap dah rendang ayam yang sedap dan tahan lama, lambat basi)..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment