TAT NENAS NYONYA
sumber : resipicitarasawan...
hasil : 35 pcs
Bahan-Bahan :
125 gm marjerin Pelangi
1 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
225 gm tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
Sapuan/Glis :
1 biji kuning telur + 1 sudu kecil susu cair
Jem Nanas siap guna secukupnya ~ bulatkan 7 gm
Cara-Cara :
1. Putar marjerin dan susu pekat manis sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
4. Rehatkan dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
5. Canai dan terap dengan acuan tart. Letakkan inti nanas ditengahnya.
6. Simpan sedikit baki adunan untuk hiasan atas tart.
7. Canai nipis doh dan potong, letakkan secara bersilang.
8. Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 150'C selama 25 minit hingga keperangan.
No comments:
Post a Comment