PUDING KASTARD JAGUNG
sumber : buku
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung kastad
700 ml air
370 ml susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan jagung manis ala krim (dalam tin)
Cara Membuat :
1. Larutkan tepung kastad dengan air. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan susu cair dan gula. Kacau di atas api kecil sehingga mula mendidih.
3. Masukkan jagung manis ala krim dan kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil. Biarkan keras/set.
No comments:
Post a Comment