KANGKUNG GORENG BELACAN
sumber : Yatiememories ...
Bahan-Bahan :
2 ikat sayur kangkung
Segenggam ikan bilis * ~ buangkan kotorannya
4 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Sedikit belacan *
1 tangkai lada merah *
8 biji cili padi merah/hijau *
Garam & sedikit gula
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Potong sayur kangkung ikut suka, cuci bersih dan toskan. Ketepikan dulu.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda (*) sehingga lumat.
3. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.
4. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
5. Masukkan sayur kangkung dan gaul rata. Masukkan garam dan sedikit gula, gaul lagi.
6. Masukkan air dan tutup kuali sebentar dalam 3 minit. Buka penutup kuali dan gaul kangkung lagi.
7. Bila dah masak, sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan.
Sosej Puff
No comments:
Post a Comment