KEK PISANG

Tuesday, June 25, 2019

TERUNG GORENG KICAP MANIS ...









TERUNG GORENG KICAP MANIS
---- DIARI MANGKUK TINGKAT @ ILI SULAIMAN
sumber :    intaidapurfha...




Bahan A :

Minyak masak untuk menggoreng
3  biji  terung ungu panjang  ~  dibelah 2


Bahan B :

4  ulas  bawang putih  ~  ditumbuk
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
1  biji  bawang besar  ~  hiris
Cili merah/cili padi  ~  dihiris untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Goreng terung seketika sekadar untuk melembutkan isi terung sahaja.

2.  Angkat dan hidangkan di dalam pinggan hidangan.

3.  Dengan menggunakan minyak yang sama (pastikan kita menggunakan sedikit minyak sahaja kerana terung yang digoreng sudah berminyak), tumis bawang putih sehingga keperangan.

4.  Masukkan Kicap Lemak Manis diikuti dengan Kicap Lemak Masin diikuti dengan bawang besar.

**  Lebihkan Kicap Manis kerana kicap ini akan menjadi kuah kepada masakan kita.
**  Saya tidak menggunakan air tambahan (tetapi dalam rancangan itu Ili masukkan).

5.  Biarkan seketika, angkat dan curah ke atas terung tadi.

6.  Taburkan cili merah sebagai hiasan.

2 comments: