KEK PISANG

Wednesday, June 26, 2019

LALA MASAM MANIS ...









RESIPI LALA MASAM MANIS
sumber :    Fiza's Cooking ...




Bahan A :  (Tumis)

1/2  inci  halia  ~  dihiris
1  ulas  bawang putih  ~  dicincang


Bahan B :  (Sos)

2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  sos cili
1  sudu kecil  sos tiram
1  sudu kecil  gula


Bahan C :

1  kg.  siput Lala  ~  dibersihkan
1  cawan  air  ~  larutkan bersama 1 sudu kecil tepung jagung
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1  biji  telur  ~  dipukul
1/2  labu  bawang holland  ~  dihiris
1  tangkai  cili merah  ~  dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar  ~  hiris untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali, tumis semua bahan-bahan A sehingga wangi.

2.  Tuangkan bahan sos iaitu sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula ke dalam bahan tumisan sambil dikacau sehingga sebati.

3.  Seterusnya masukkan siput Lala ke dalam bahan sos sambil dikacau dan masukkan bawang holland, cili merah dan air (iaitu air yang dilarutkan bersama tepung jagung).

4.  Masak sehingga mendidih dan siput Lala terbuka dan masukkan garam secukup rasa.

5.  Seterusnya tuangkan telur yang dipukul tadi, biarkan sebentar dan kacau sehingga telur sebati dengan kuah.  Setelah masak, taburkan dengan hirisan daun ketumbar, jika suka.

6.  Hidangkan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment