KEK PISANG

Saturday, June 22, 2019

KEK KEJU KAPAS ...


 yang ni bakar dalam oven 'bain-marie@steam bath'

 yang ni bakar menggunakan pemanggang ajaib...





KEK KEJU KAPAS
sumber :    FB@Aznie Khasri
kredit :    Chef Noraini Zakaria




Bahan A :

250  gm  cream cheese, suhu bilik
50  gm  mentega
80  gm  gula kastor
1  sudu teh  jus lemon
80  gm  tepung kek
5  biji  kuning telur   (gred A)
80  gm  susu segar @ susu cair


Bahan B :

80  gm  gula kastor
5  biji  putih telur
1/4  sudu teh  serbuk krim tartar


***  blueberry filling secukupnya


Cara-Cara :

Griskan loyang bulat 9 inci dan lapik dengan kertas kek.  Ketepikan.
Bahan A :   pukul cream cheese, mentega dan gula kastor sehingga kembang.
Masukkan kuning telur satu persatu dan jus lemon, pukul sebati.
Masukkan tepung kek dan susu berselang-seli sehingga habis sambil digaul sebati.
Bahan B :   dalam bekas lain, satukan gula kastor, putih telur dan serbuk krim tartar, pukul sehingga kembang lebih kurang 7 minit.
Masukkan adunan putih ke dalam adunan cheese sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan menggunakan spatula sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar dengan kaedah 'Bain-Marie' @ steam-bath.
Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam.
Setelah kek sejuk bolehlah dihiaskan dengan blueberry filling.  (saya cairkan sedikit dengan air panas).





Acuan plastik disapu sedikit mentega & ditaburkan sedikit tepung kemudian keluarkan lebihan tepung.  Acuan ini hanya boleh digunakan untuk bakar kaedah 'steam-bath', ianya tidak cair.


No comments:

Post a Comment