MUFFIN KRANBERI
sumber : 'buku'
Bahan-Bahan :
2 biji telur (saya guna gred A)
125 ml minyak jagung
250 ml susu segar (room temperature)
200 gm gula kastor
400 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil garam halus
100 gm kranberi kering
Cara Membuat :
1. Pukul telur selama 1 minit. Masukkan minyak dan susu segar, kemudian pukul rata.
2. Masukkan gula kastor dan terus pukul.
3. Satukan dengan tepung dan kacau ringan. Masukkan kranberi dan kacau rata.
4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas muffin sehingga 2/3 penuh. Bakar pada suhu 180'C selama 20-25 minit sehingga masak.
No comments:
Post a Comment