RESIPI KRIM PUFF
sumber : buatoranglapo.com@you tube...
Bahan-Bahan Puff :
125 gm mentega
1 cawan air
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri@self-raising flour
1 sudu besar gula
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Di dalam periuk/kuali, masakkan air, mentega, gula dan garam sehingga mendidih. (Boleh letakkan sedikit pewarna pilihan jika suka).
2. Masukkan tepung sekaligus dan kecilkan api, kacau-kacau sehingga menjadi sebati (tidak lekat di periuk/kuali).
3. Pindahkan adunan doh ke dalam mangkuk besar dan sejukkan seketika.
4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas loyang yang telah disapukan minyak@di alas dengan kertas pembakar. Guna acuan nozzle pilihan.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga kekuningan...
NOTA :
1. Renjiskan sedikit air ke atas adunan sebelum dibakar supaya puff naik dengan lebih gebu.
2. Letakkan loyang di bahagian tengah oven supaya puff masak sekata.
Bahan-Bahan Krim Kastad :
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1 cawan susu segar@full cream (200 ml)
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur gred A
1 sudu besar mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara Membuat Krim Kastad :
1. Satukan tepung gandum, tepung kastad, gula pasir dan susu segar ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut@sebati. (Jangan pasang api dulu).
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Kemudian barulah pasang api kecil. Masak kesemua bahan di atas menggunakan api perlahan sehingga pekat.
4. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati dan mentega larut. Sejukkan di dalam peti sejuk sementara menunggu krim puff dibakar dalam oven.
5. Masukkan krim kastad ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam puff...
NOTA : Sebaiknya sediakan Krim Kastad dulu dan simpan di dalam peti sejuk...
No comments:
Post a Comment