KEK PISANG

Monday, November 5, 2018

KARI AYAM & BERAS BARIO...







KARI AYAM SEDAP
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

12  ketul  ayam
2  biji  kentang  ~  potong 4
1 1/2  labu  bawang besar saiz besar  ~  hiris
6  ulas  bawang putih  ~  hiris
3  inci  halia  ~  hiris
1  keping  asam gelugor
1  kotak  santan kotak
Air secukupnya
10  sudu besar  serbuk rempah kari Babas  ~  extra chillis
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
2-3  biji  buah pelaga
1  pelepah  daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) bersama bawang putih, bawang besar dan halia sehingga kekuningan.

2.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.  Teruskan masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.  Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

3.  Selepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

4.  Masukkan pula santan.  Teruskan masak dengan api perlahan.  Setelah kentang empuk, masukkan asam gelugor, garam dan gula secukupnya.  Renihkan sehingga pecah minyak.  Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai.  Jika terlebih pekat, tambahkan air panas dan masak lagi.





Nasi menggunakan Beras Bario@beras bukit berwarna ungu.  Masak seperti nasi biasa..rasanya sedap...





 BERAS BARIO@BERAS BUKIT,
dari Miri, Sarawak...


No comments:

Post a Comment