Sunday, November 25, 2018
KARI AYAM BERYOGURT...
KARI AYAM BERYOGURT
sumber : dayangjack@dapurkusayang...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam sederhana ~ dipotong kecil-kecil & digoreng separuh masak
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk cili
Rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 3 biji cengkih, 1 cm kulit kayu manis & 1 kuntum bunga lawang)
3 sudu besar fresh yogurt/plain yogurt
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit hirisan tomato & karot (saya guna 1 biji tomato & 1/2 batang karot)
Ubi kentang secukupnya (saya guna sebiji dipotong kiub)
Bahan-Bahan Kisar :
1/2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Sediakan dan panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis & bunga lawang) sehingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi sehingga garing.
2. Rempah kari daging, rempah kurma dan serbuk cili disatukan di dalam satu bekas dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tumis tadi. Masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ayam separuh goreng tadi bersama ubi kentang dan karot. Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan ubi kentang serta karot empuk.
4. Masukkan pula yogurt dan tomato. Kacau rata-rata sehingga tomato sedikit layu.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasa. Setelah masak, angkat dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment