Sunday, November 18, 2018
NASI MINYAK MUDAH...
AYAM MASAK MERAH MUDAH
sumber : hanamemories...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam (saiz kecil) ~ dipotong kecil
Garam & serbuk kunyit secukupnya
1/2 biji bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1/2 biji tomato *
2 tangkai cili merah *
1 batang serai ~ dititik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
1 sudu besar cili kisar ~ ikut kepedasan yang diingini
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Kisarkan bahan-bahan bertanda (*). Panaskan minyak secukupnya kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga), serai dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ayam yang digoreng tadi, hirisan bawang besar, gaul mesra. Biarkan sebentar sehingga bawang besar sedikit layu kemudian tutup api.
4. Jika suka boleh tambahkan hirisan tomato dan daun ketumbar...
ACAR TIMUN & LOBAK MERAH
sumber : hanamemories...
Bahan-Bahan :
1 biji timun Jepun
1/2 batang lobak merah
1 tangkai lada merah
1 biji bawang besar
Garam & gula secukupnya
Sedikit cuka masakan atau secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Hiris timun dan lobak merah. Potong lada merah menyerong. Mayang bawang besar.
2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan. Gaul sebati dan sedia dihidangkan...
NASI MINYAK MUDAH
sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-Bahan :
3 cawan beras biasa
3 cawan air (mengikut jenis beras, kalau perlu lebih, lebihkan)
1/2 biji bawang besar ~ dimayang
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
1 ketul kiub pati ayam
1 helai daun pandan ~ dicuci & simpulkan
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Cuci beras sehingga bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang besar, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan goreng sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
3. Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
4. Alihkan ke dalam rice cooker dan tekankan button 'Start/On'. Sementara itu sediakan Ayam Masak Merah dan juga Acar Timun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment