KEK PISANG

Saturday, November 10, 2018

ROTI TELUR SARDIN VIRAL...










ROTI TELUR SARDIN VIRAL
sumber :    LiNaPg@TeratakMutiaraKasih...




Bahan-Bahan :

Roti putih secukupnya  (saya guna roti Gardenia)
1  tin kecil  sardine/mackerel  (155 gm)
1/2  labu  bawang besar  (cincang/dadu)
1  biji  cili merah  (cincang/dadu)
Sedikit daun bawang
3  biji  telur
Sedikit garam/Maggi Secukuprasa
Minyak masak


Cara-Cara :

1.  Roti dipotong mengikut kreativiti, ketepikan.
2.  Lecek kasar sardine (biarkan masih ada ketulan).
3.  Masukkan bawang, daun bawang dan cili merah, gaul rata.
4.  Pecahkan telur di dalam mangkuk berasingan.  Masukkan garam/Maggi Secukuprasa.  Pukul manja (seperti ketika pukul telur dadar).
5.  Tuangkan telur ke dalam sardine tadi, gaul rata dan sebati.
6.  Celupkan roti kemudian goreng (minyak sedikit sahaja) sehingga masak.
7.  Angkat, kemudian toskan minyaknya.  
8.  Hidangkan Roti Telur Sardine bersama sos pilihan...

No comments:

Post a Comment