RIANG RIA MADU NESTLE CORN FLAKES
sumber : pada kotak
Bahan-Bahan :
60 gm mentega
50 gm madu
40 gm gula
100 gm Nestle Corn flakes
30 gm ceri merah ~ dipotong dadu (saya guna chocolate rice)
Cara-Cara :
1. Panaskan mentega, madu dan gula ke dalam periuk tidak lekat. Kacau dan masak sehingga bahan-bahan sebati bersama.
2. Setelah sejuk masukkan Nestle Corn Flakes dan ceri kemudian gaul rata.
3. Menggunakan sudu, letakkan campuran ke dalam cawan kertas dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 6 minit atau sehingga masak. (saya taburkan sedikit chocolate rice di atasnya sebelum dibakar).
4. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment