Monday, November 19, 2018
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL...
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 batang serai ~ hiris kasar
Sedikit belacan
Garam & gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumurkan ikan cencaru bersama garam secukupnya.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dan belacan. Kemudian masukkan cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula secukupnya dan sedikit air asam jawa. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.
4. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng ikan yang disumbat tadi sehingga garing. Hidangkan dengan Sambal Kicap Pedas (jika suka)...
SAMBAL KICAP PEDAS
sumber : hanieliza.blogspot.com
Bahan-Bahan :
5 biji cili merah
7 biji cili api
2 labu bawang besar
6 biji limau kasturi
1/2 cawan kicap
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Cili merah dan cili api dihiris halus.
2. Bawang besar dipotong dadu kecil.
3. Masukkan semua bahan yang dipotong dalam mangkuk.
4. Perahkan limau kasturi.
5. Tuangkan kicap dan gaul rata sebati.
6. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment