Tuesday, November 13, 2018
SET NASI KURMA...
RENDANG AYAM TOK
sumber : daridapur.com
kredit to : Pn. Mariana Zainal
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong 6-7 bahagian, cuci bersih & toskan
Bahan-Bahan Dikisar Lumat :
15-18 tangkai cili kering ~ rebus dulu hingga lembut & toskan
1 1/2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
Bahan Lain :
250 ml santan pekat
1/2 cawan air
3-4 helai daun limau purut ~ dicarik
2 paket kecil kerisik
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 keping asam gelugor
1 1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 1/2 senduk minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak barulah dimasukkan asam gelugor dan gula pasir. Tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak.
2. Tambahkan kerisik, daun limau purut serta santan dan air. Selalu-selalu dikacau jangan bagi santan pecah minyak dan biarkan santan mulai mendidih barulah dimasukkan ayam.
3. Masak dengan menggunakan api kecil sekitar 30 minit untuk ayam mulai empuk. Sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perasa secukupnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit. Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasanya sekali lagi sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan...
SALSA TOMATO
sumber : intaidapur.blogspot.com
2-3 biji tomato ~ buang biji & potong kecil@memanjang
1 biji bawang besar merah ~ potong kecil
1 biji lada merah ~ potong kecil
Jus dari 1/2 biji lemon (saya gantikan dengan 4 biji limau kasturi)
Daun ketumbar/daun pudina ~ hiris kasar
Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Masukkan tomato, bawang besar dan cili merah ke dalam mangkuk.
2. Masukkan jus lemon, garam dan gula di dalam mangkuk lain, kacau sebati.
3. Masukkan campuran jus tadi ke dalam mangkuk berisi tomato dan taburkan daun ketumbar/daun pudina.
4. Gaul sebati. Simpan di dalam peti sejuk 30 minit sebelum dihidangkan...
NASI KURMA RESIPI "IBUNDO"
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi ~ cuci & rendam selama 30 minit & toskan
1 biji bawang besar Holland ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1/2 inci halia ~ hiris nipis
2 sudu besar serbuk rempah kurma ~ bancuh dengan sedikit air, kacau sehingga menjadi pes
2 sudu besar mentega
6 cawan air rebusan ayam (saya guna 6 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan ~ disimpul
Kismis secukupnya ~ untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang ~ untuk hiasan
Bawang goreng secukupnya ~ untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga berbau harum. Masukkan rempah kurma dan masak sekejap. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng selama 1 minit. Tutup api.
2. Alihkan beras tadi ke dalam periuk rice cooker, tuangkan air rebusan ayam, tambahkan garam secukup rasa. Kacau rata, 'ON'kan suis dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, taburkan kismis. Biarkan nasi betul-betul masak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick dan matikan suis periuk nasi tadi. Biarkan sekejap. Cedok nasi ke dalam pinggan/bekas yang sesuai, taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Bolehlah dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment