Wednesday, November 7, 2018
AYAM MASAK KURMA...
AYAM MASAK KURMA
sumber : Majalah SAJI April 2018...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam, dipotong 16
5 ulas bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, hiris
1 labu bawang besar, belah 4
2 biji ubi kentang, kupas kulit & belah ikut citarasa
1 biji buah tomato, belah 2
3 sudu besar serbuk rempah kurma, dibancuh dengan sedikit air = jadikan pes
500 ml santan
1 sudu kecil kerisik
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Rempah penumis (1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga)
Air secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar :
4 ulas bawang merah
1 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan rempah penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga), bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma (bancuh dengan sedikit air), kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Tambahkan garam, gula secukupnya, kerisik dan air asam jawa secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah terbit minyak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
NOTA : Saya rebus ubi kentang terlebih dahulu sehingga lembut untuk mempercepat proses memasak Kurma Ayam ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment